Thursday 24 November 2011

LUAHAN HATI PENGANGGUR KEHORMAT

Salam Sejahtera,
Apa khabar teman2ku sekalian? Lama sungguh kita x berjumpa. Sejak bila ek? Nak menulis kat FB aku malas. Jadi aku tulis jela kat sini. Aku rasa teramat la keboringan tanpa kamu orang disisi. Nak je ambil mana2 paper kat UNIMAS tu semata2 nak duduk sana. Konfemnya x ada lecturer nak bagi. Mesti mereka2 akan tensen sekiranya aku ke sana. Kalu ambik Master x apa la jugak. Ni tak, nak jugak repair paper. Time belum habis blaja dulu, bukan main dah penat blaja & pasang angan2 nak grads cepat2. Lepas tu, bila dah habis, boleh plak nak pergi repair paper. Tensen jugak semua orang nanti. Boleh sakit jantung bapak aku kalu dia tau. Dah la spesis yg selalu mendatangkan masalah. Bengong betol.

Dah dekat dua bulan aku menganggur, rasa bosan pulak. Letih la asyik main dengan budak2 kecik yg x faham bahasa. Sikit2 gaduh, lepas tu menangis. Anak manja katakan. Nak sepak, x sampai hati plak. Baby yg kecik tu pun selalu buat hal. Dah la degil, x sedar diri yg dia masih baby plak tu. Ada ke patut nak pergi bawak motor & panjat2 almari. Aku letih la. Aku nak kerja. Kerja kilang pun x apa daripada duk jaga budak ni. Hujan plak xmau berenti, macam mana la aku nak keluar cari kerja lagi. Dah isi jawatan kosong kat jobfair PWTC hari tu tapi jawapan masih x dapat. Susah sangat ke nak bagi aku kerja? Aku nak minta jawatan jadi makcik cleaner, or tukang cuci pinggan or kereta jelah nanti. Untung2 dapat simpan duit untuk pergi ke Bumi Kenyalang lagi. HAH HAH HAH HAH HAH...

Aku harap korang dua x kisah la aku menulis kat sini. Aku nak release tensen jer. Rugi kalu x guna broadband untuk membuat aktiviti berfaedah macam tulis blog ni. Dah tiga bulan broadband ni x ada orang pakai. Tiap2 bulan bayar bil. Membazir sungguh. Biar la aku pakai sepuas hati aku. Sambil2 aku cari jawatan kosong kat internet, aku bukak la blog untuk meluahkan perasaan. Setakat ni jelah. BYE



1 comment:

  1. aku dulu menganggur lagi lama tau...5 bulan...(padahal 2bulan pertama tu memang x pernah nak cari keje)ekekeke...nt2 ada la tu. aku dulu pn fed up gak jaga anak buah aku, hilang separuh hidupku asyk jaga dorg je...akakaka

    ReplyDelete