Monday 11 July 2011

TAHNIAH

Saya disini ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan (saja saja nak guna bahasa kiasan yang mengelirukan) untuk mengucapkan setinggi-tinggi Gunung Kinabalu tahniah kepada dua orang rakan saya yang telah menamatkan dengan jayanya Latihan Industri selama DUA bulan. Sesungguhnya saya amatlah mencemburui anda berdua kerana dapat berehat-rehat...

Saturday 9 July 2011

=) @ )=



Tak tahu lah nak sedih ke nak gembira. Yelah, tak lama lagi bulan Oktober menjelang...Time tu nak berjumpa, time jugaklah nak berpisah...bercampur-campur rasa ni, kalau campur-campur jadi ais batu campur takpe. Ni bercampur-campur sampai tak tahu nak bergembira ke nak bersedih...? 

Senak perut pun ada jugak...yelah kan. Lepas je berpisah kang, tak tahu bila lagi nak jumpa, pastu, masing-masing mencari haluan sendiri. Lepas tu nak berhubung melalui telefon ke fb ke bukannya sama macam kita berbual face to face sebab kita kan berbual dengan eksperesi yang susah nak di ungkap dengan kata-kata. 

Kawan-kawan je faham kawan kata orang. Hmmm...Rasa-rasa, bolehkah kita ni jadi orang yang berguna di masa depan? Harap-harap camtu lah...segeng jadi pengawai, punyalah seronok tu, masing-masing bangga dengan kawan-kawan...Amen...harap-harap masin mulut aku ni ha...

Sunday 3 July 2011

Perhatian!

Saje je title tu nak bagi berapi-api, padahal takde apa pun...Anyway, dengan segala hormatnya saya ingin mengongsikan (betul ke tak spelling tu, ke mengkongsikan? Ahhh...mana-mana je lah...) bahawa pada bulan yang hebat lagi bergaya iaitu bulan 10 adalah bulan untuk kita

haaaaaa....goyang-goyang kaki lah sambil lepak-lepak bersama. aku dah plan dah berapa hari nak cuti, tinggal bos approve ke tak je ni. Gaji macam biasala, kene potong, dah tu setahun boleh dorang bagi cuti 7 hari je...dahla aku ni sambut macam-macam perayaan, mana la nak cukup 7 hari tu. nak tak nak, potong jer lah gaji tu...sabar jer lah aku....


macam ni lah kot aksi konvo nanti....baling jer topi segi apa tah (segi tiga ke empat ek?) ke tasik unimas tu...hahahahah....anyway, dengar-dengar dari kawan yang penuh infomasi dan maklumat tu, konvo untuk Fakulti Sains Sosial adalah pada 24 Oktober, sidang petang. Ni konvo apa suma ni tambahan-tambahan jer...yang sebenar-benar dan tak ada apa lagi melainkan yang benar (aku quote dari bos aku time praktikal dulu) tak sabar nak jumpa rakan-rakan satu U dulu...entahla, aku pandai pulak nak rindu dengan dorang, hati kaca tak kaca?




macam-macam tak pictures yang aku taruk sini? tu suma picture aku google jer...(konon-konon tengah buat disclaimation) I do not own any of the pictures. Terus na.... Apapun, aku ucapkan tahniah la ngan semua yang konvo dan untuk yang belum aku ucapkan happy convocation in advance la gitu. Lau aku kaya kang aku pergi je melawat...ni gaji paras hidung je. air naik sikit dah lemas... jadi doa-doakanlah aku kaya cepat k...boleh?

Saturday 2 July 2011

Kita Bertemu Lagi!!!!

Apa khabar pembaca-pembaca yang tidak fanatik sekalian???? Wah...agak-agak korang la, da berapa kali kitorang nak buat blog tapi tak menjadi-jadi...Haaaaaa...kalau nak tahu, sekali je. Yang dulu tu tak jadi sebab dah lupa password, yang ni senang-senang je, email id pun skema-skema je, senang nak ingat...jadi pasni, janganlah kita bagai melepas batuk ditangga je dalam pembikinan blog kita ni ye...

Tanpa blog, kita akan rasa macam tak glamer je, jadi walaupun kita ditakdirkan  tak seglamer angelina jolie mahupun brad pitt, tak ada undang-undang yang menghalang kita untuk perasan glamer kan? Jadi ayuhla kita perasan glamer...bye peminat-peminat diluar sana...