Wednesday 26 October 2011

Akhirnya...

Tanggal 23 Oktober 2011 menyaksikan dua orang daripada geng ni berkonvokesyen dengan selamat dan jayanya tanpa ada sesiapa yang tergolek-golek di atas pentas bersejarah Dewan DeTar Unimas. Salah seorang akan disambut pada tahun depan. Kalau tiada aral melintang, geng ini akan ke Kuching sekali lagi. Aral tu tak lain tak bukan adalah duit. Kita cuba usahakan bersama ya.
Gembira memang gembira, syahdu pun syahdu, panik pun panik...dengan erti kata lain SEMUA PERASAAN BERSATU. Begitulah perasaan yang dilalui sepanjang minggu konvokesyen Unimas yang ke-15. Lepas ni, memang susah nak jumpa selalu. Kita pun dah meningkat dewasa, dek kerana tuntutan sebagai manusia dewasa normal yang memerlukan kita bersikap normal maka semakin pudar lah sikap keanak-anakkan itu. Justeru masing-masing akan kesibukan menentukan hala tuju sebuah kehidupan lepas ni.
12 hari bersama setelah setahun berpisah seperti 12 minit je. Tup tup masing-masing dah kat bilik tidur masing-masing sendirian merenung siling. Keliru, sedih, risau, gelisah, confuse, anxiety, worry dan semua yang sama erti dengannya mula menghantui hati dan benak (benak tu apa?) Kerja dan tanggungjawab, mampukah kita? Hanya Tuhan sahaja tahu. Kita hanya mampu merancang dan mencoba.
Jadi, kepada pembaca diluar sana, janganlah terlalu merisaukan diri sehingga terpanik dalam menjalani kehidupan. Rezeki dari Tuhan, jangan pernah berputus asa meminta. All the best semua.